![]() |
---|
Kami berhasrat untuk menjadikan pemeriksaan serviks lebih diterima dan lebih mudah diakses kepada wanita.

ROSE Foundation Video
Yayasan ROSE telah menyambut ulang tahun keduanya pada bulan Julai 2021 dan walaupun ROSE adalah sebuah yaysan yang baru, Yayasan ROSE telah berjaya. Tatkala merenungkan kembali perjalanan kami, Yayasan ROSE ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang telah dan terus mempercayai perjuangan kami - penderma & pemegang amanah kami, ahli pasukan, sukarelawan, kolaborator, komuniti dan penyokong yang menyumbang kepada tujuan Program ROSE.
Yayasan ROSE masih komited sepenuhnya terhadap Visi dan Misi kami* dan kami berharap akan terus maju dan bekerjasama dengan semua rakyat Malaysia ketika kita melalui detik-detik yang mencabar ini.
Bersama-sama, kita dapat mambanteras kanser serviks di Malaysia!
*Visi kami:
Masa depan yang bebas daripada kanser serviks bagi wanita di Malaysia
Misi kami:
Menawarkan saringan serviks kepada wanita di Malaysia menggunakan pendekatan R.O.S.E (Removing Obstacles to cervical ScrEening), sejajar dengan tujuan penghapusan kanser serviks oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan memberi keutamaan kepada populasi wanita yang kurang disaring dan kurang mampu di Malaysia.
Program ROSE direka khusus untuk wanita Malaysia.
Pendekatan berasaskan bukti ini dapat menyelamatkan nyawa dan mampu melindungi wanita dan keluarga dari penderitaan dan kekangan kewangan yang berhubung kait dengan kanser serviks.
Program ROSE menggunakan pendekatan revolusioner untuk pemeriksaan serviks dengan:



Membolehkan pensampelan sendiri oleh wanita, berbanding pemeriksaan pelvik oleh pakar perubatan.
Ujian HPV, berbanding ujian diagnostik pap smear untuk sel-sel yang tidak normal.
Menggunakan platform e-kesihatan digital yang selamat dan membolehkan wanita untuk mendapatkan semua susulan mereka melalui telefon bimbit.
ROSE SECARA RINGKAS
Yayasan ROSE telah dilancarkan pada tahun 2019 sebagai sebuah syarikat yang dijamin sebagai asas kebajikan di Malaysia dan adalah usaha sama antara Universiti Malaya dan Australian Centre for the Prevention of Cervical Cancer (dahulunya VCS, Victorian Cytology Service Inc.). Yayasan ROSE juga mengendalikan Makmal ROSE untuk menyediakan perkhidmatan saringan serviks menggunakan ujian HPV.
Yayasan ROSE telah menetapkan matlamat bercita-cita tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pertama di rantau Asia Tenggara yang bebas daripada kanser serviks. Untuk mencapai matlamat ini, Program ROSE (Removing Obstacles to cervical ScrEening) telah ditubuhkan di bawah Yayasan ROSE dan telah dilancarkan pada 14 Januari 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Keluarga Malaysia, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Kementerian Kesihatan juga bergerak ke arah membanteras kanser serviks di Malaysia, dan Program ROSE memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan proses tersebut.
Program ROSE bermula sebagai Projek Pilot ROSE, sebuah projek penyelidikan yang diketuai oleh Universiti Malaya. Tujuan projek pilot ini adalah bertujuan untuk menilai kebolehterimaan, kebolehlaksanaan dan jangkauan strategi saringan serviks yang menggunakan pensampelan diri dalam penetapan penjagaan utama, ujian HPV (Human Papillomavirus) dan susulan wanita yang dikesan positif di hospital tertiari di Malaysia.
Berbanding pap smear konvensional yang dijalankan oleh pakar perubatan yang melibatkan pemeriksaan pelvik, Program ROSE menawarkan wanita pilihan menggunakan swab diri: pendekatan cepat, mudah dan berkesan untuk membolehkan ujian molekul dilakukan diikuti oleh penghantaran keputusan terus ke telefon bimbit wanita.
SOROTAN
5 April 2023: Doktor Malaysia Menang Anugerah Berprestij Untuk Penyelidikan Kanser
10 Januari 2023: Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Penaung PUSPANITA
Melancarkan Fasa 3 Program Pemeriksaan Serviks Percuma Etiqa dan Yayasan ROSE
BFM89.9 Podcast - 30 Ogos 2022:
Healthcare Heroes#1: ROSE Foundation Removes Obstacles to Cervical Cancer Screening
bersama Prof Dato' Dr Adeeba Kamarulzaman dan Prof Dr Woo Yin Ling
Sempena Hari Kemerdekaan 2022 ini, Pengerusi Yayasan ROSE, Prof Dato' Dr Adeeba Kamarulzaman dan Pemegang Amanah dan Pengasas Yayasan ROSE, Prof Dr Woo Yin Ling, meluahkan harapan mereka untuk menetapkan cara vaksinasi, saringan dan rawatan untuk saringan abnormal sebelum 2030 untuk menghapuskan kanser serviks di Malaysia.
Ulang Tahun Pertama Pelancaran Strategi Global untuk Penghapusan Kanser Serviks - 17 November 2021
Pada 17 November 2021, bersama 193 negara lain, Malaysia telah meraikan Hari Tindakan Penghapusan Kanser Serviks dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Yayasan ROSE berbangga berada di barisan hadapan pergerakan Malaysia, bersama semua rakan kongsi, kolaborator, sukarelawan, penyokong-penyokong, pemegang amanah & ahli pasukan ROSE, ke arah Malaysia yang bebas daripada kanser serviks.
Sempena pergerakan yang bersejarah di seluruh dunia ini, Program ROSE telah mengetengahkan kisah-kisah rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang telah menyertai usaha untuk menjadikan kanser serviks sebagai penyakit yang jarang berlaku.

PENGUMUMAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Professor Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan ROSE di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Monash University Malaysia, Pro-Naib Canselor dan Presiden (Malaysia), Monash University Australia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Professor Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan ROSE di atas pelantikannya baru-baru ini sebagai Pesuruhjaya Malaysia yang pertama dalam Suruhanjaya Global mengenai Dasar Dadah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Professor Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi ROSE Foundation di atas penganugerahan 2022 Merdeka Award.
Lebih info tentang 2022 Merdeka Award

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman dan Prof Dr Woo Yin Ling kerana disenaraikan sebagai Women of Power 2022 dalam majalah Prestige. Pencapaian dan dedikasi beliau dalam mempromosikan kesihatan para wanita merupakan inspirasi kepada kami di ROSE.


Kami sangat berbangga untuk mengucapkan tahniah dan meraikan pencapaian Profesor Dr Woo Yin Ling kerana dianugerahkan Anugerah FIGO 2021 yang berprestij sebagai Pengiktirafan Pakar Obstetrik/Ginekologi Wanita!
Anugerah FIGO (dari Persekutuan Ginekologi & Obstetrik Antarabangsa) memberi penghormatan kepada wanita - kebanyakannya dari negara berpendapatan rendah dan sederhana - yang telah membuat sumbangan khas di peringkat antarabangsa atau nasional untuk menggalakkan pembangunan sains dan penyelidikan saintifik dalam bidang ginekologi dan obstetrik. Anugerah ini juga mengiktiraf wanita yang sepanjang kerjaya mereka telah mempromosikan kesihatan yang lebih baik untuk wanita, ibu dan anak-anak mereka.
Profesor Woo Ying Ling juga dipaparkan pada muka depan Options, The Edge, edisi 8 November. Ketahui lebih lanjut tentang advokasinya dalam cerita muka depan di sini.
Kami berbangga dan bersyukur kerana menjadi penerima Program Geran Kanser Serviks TogetHER 2021-2022. Kami berhasrat untuk menggunakan geran ini untuk melibatkan pemimpin masyarakat dan pihak berkepentingan dalam mempromosikan penjagaan kendiri dan memupuk rangkaian kepercayaan dan kerjasama untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai saringan serviks.