KEPENTINGAN UJIAN SARINGAN SERVIKS
Apakah kanser serviks?
Kanser pada bahagian serviks (pangkal rahim yang bersambung dengan faraj) wanita. Kanser serviks adalah kanser yang ketiga paling umum di kalangan wanita di Malaysia. Berita baiknya ialah kanser serviks memerlukan masa yang lama untuk terhasil dan ia juga merupakan salah satu jenis kanser yang paling mudah dicegah. 99% kes kanser serviks disebabkan oleh jangkitan dengan jenis Human Papillomavirus (HPV) berisiko tinggi.

Bagaimanakah HPV dikaitkan dengan kanser serviks?
Jangkitan HPV adalah sangat umum sehingga kebanyakan orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti pada suatu ketika dalam kehidupan mereka. Ini kerana HPV disebarkan melalui sentuhan kulit-ke-kulit bahagian kemaluan semasa melakukan seks
90% wanita dan 90% lelaki akan dijangkiti HPV dalam jangka hidup mereka.
HPV biasanya tidak mempunyai gejala/tanda. Selalunya, ia dibersihkan oleh sistem imunisasi badan secara semulajadi.
98% orang yang dijangkiti HPV bahagian kemaluan akan
membersihkan virus tersebut secara semulajadi dalam 5 tahun.
Akan tetapi, beberapa jenis HPV (yang dikenali sebagai jenis HPV berisiko tinggi) boleh menyebabkan kanser serviks jika ia tidak dibersihkan oleh sistem imunisasi badan.
Terdapat 14 jenis HPV yang menyebabkan 99% kes kanser serviks.
Mempunyai HPV berisiko tinggi tidak bermakna anda akan mendapat kanser! Bagi kebanyakan wanita, jangkitan HPV berisiko tinggi dibersihkan sebelum menyebabkan sebarang masalah. Kadangkala jangkitan berterusan untuk masa yang lama dan pertumbuhan sel yang tidak normal boleh berlaku di serviks. Ia mengambil 10-15 tahun untuk jangkitan berterusan menjadi kanser, suatu proses yang sangat perlahan. Justeru itu, pengesanan awal dan rawatan terhadap sel-sel yang tidak normal boleh mencegah kanser serviks.
FAKTA TENTANG KANSER SERVIKS


SARINGAN SERVIKS OLEH PROGRAM ROSE UJIAN PCR HPV
Baca lebih lanjut mengenai integrasi pensampelan kendiri, saringan HPV utama dan pendaftaran digital oleh Program ROSE yang memainkan peranan penting dalam perjalanan kami ke arah menghapuskan kanser serviks di Malaysia.
“The road to cervical cancer elimination in Malaysia” (hpvworld-225)