
PROGRAM "GIFT A ROSE"
Wanita yang berminat kini boleh menerima "Gift a ROSE" (Hadiah ROSE). Sebahagian daripada hasil kutipan akan digunakan untuk menyaring wanita yang kurang berkemampuan. Anda bukan sahaja menjaga kesihatan sendiri, tetapi juga menyumbang kepada misi Yayasan ROSE untuk menghapuskan kanser serviks di Malaysia. Tunggu apa lagi, berikan hadiah "Gift a ROSE" kepada anda sendiri dan orang tersayang anda hari ini.
"Gift a ROSE" kini ditawarkan di pejabat Yayasan ROSE secara temu janji. Ujian ini mudah, tidak sakit dan anda boleh BUAT SENDIRI. Keputusan akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Sila hubungi nombor talian ROSE, 03-84082211 antara jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang untuk membuat temujanji.
Bagaimana melakukan ujian:
Individu datang ke Yayasan ROSE (butiran lokasi di bawah), diajar cara melakukan ujian, didaftarkan dan melakukan saringan sendiri. Keputusan ujian akan dihantar terus melalui SMS ke telefon bimbit individu dalam masa 3 minggu.
Lokasi Yayasan ROSE:
ROSE Foundation,
Suite 1-7, Tingkat 1,
UM Innovation Incubator Complex (UMX),
Universiti Malaya, Lingkungan Budi, 50603 Kuala Lumpur
Syarat kelayakan untuk melakukan ujian:
Berumur 30 tahun dan ke atas
Tidak pernah melakukan pembedahan buang rahim
Tiada aliran haid berat
Tidak mengandung
Anda mesti membawa:
MyKad & Telefon Bimbit anda
Cara Bayaran:
Bayaran pada hari ujian menggunakan kad kredit/debit atau kod QR sahaja.
Bayaran tunai TIDAK diterima.