
DOUBLE JOY DONATION #DonatetoProgramROSE
Sumbangan anda kepada Program ROSE membawa kegembiraan berganda!
Sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, misi ROSE untuk menghapuskan kanser serviks di Malaysia boleh dicapai dengan sumbangan daripada organisasi dan individu yang berfikiran seiring seperti anda. Ia adalah kegembiraan berganda kerana derma dan sumbangan kewangan anda bukan sahaja akan membantu dalam misi ROSE untuk menghapuskan kanser serviks dalam kalangan wanita yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan di Malaysia. Pada masa yang sama, anda boleh menikmati pengecualian cukai untuk sumbangan melebihi RM50 dan ke atas.
Sumbangan anda akan disalurkan pada:
-
Pendidikan awam dan aktiviti mobilisasi pencegahan kanser serviks
-
Perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan serviks dan ujian yang dijalankan di bawah Program ROSE
-
Kesedaran dan pendidikan professional penjagaan kesihatan
-
Jalinan Rantaian kepada Penjagaan
Bagaimana saya boleh menyumbang?
Sumbangan boleh disalurkan melalui 2 kaedah:
1. Pembayaran secara atas talian (ONLINE BANKING) ke dalam akaun bank kami dapat dilakukan dengan menekan pautan di sini untuk mengakses Borang Sumbangan dan lengkapkan butiran anda sekiranya anda memerlukan resit pengecualian cukai.
2. Cek perlu dibayar kepada "ROSE Foundation" dan deposit ke akaun bank kami atau dihantar ke alamat pejabat kami:
Suite 1-7, Kompleks Inkubator dan Innovasi (UMX), Universiti Malaya, Lingkungan Budi, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk sumbangan cek, sila hantar salinan bukti sumbangan beserta maklumat sumbangan anda kepada enquiry@programrose.org
* Adakah sumbangan saya mendapat pengecualian cukai?
Ya, semua sumbangan berjumlah RM50 dan ke atas akan menerima resit pengecualian cukai. Anda layak mendapat pengecualian cukai ke atas derma tunai seperti yang ditakrifkan di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Berapa lama masa yang diambil untuk saya menerima resit pengecualian cukai?
Dalam masa 1 bulan dari tarikh kami menerima sumbangan anda. Sekiranya ini tidak berlaku, sila maklumkan kepada kami melalui e-mel ke enquiry@programrose.org dengan maklumat anda dan kami akan membalas secepat mungkin.

Butiran bank kami:
Nama: ROSE FOUNDATION
Bank: CIMB Islamic Bank Berhad
No. Akaun Bank: 86-0372695-8

PENEBUSAN MATA ENRICH
Anda kini boleh menderma kepada Program ROSE dengan mata Enrich anda!
Mulai sekarang hingga 31 Disember 2023, Enrich telah memudahkan anda untuk menderma kepada Program ROSE dengan menebus 2500 Mata, dan e-derma RM30 secara automatik akan dibuat kepada Program ROSE.
E-mel pengesahan akan dihantar kepada anda dan anda akan menerima resit pengecualian cukai berdasarkan derma yang dibuat.
Sokongan anda akan melakukan perubahan dan membolehkan Program ROSE melakukan lebih banyak pemeriksaan serviks untuk wanita yang kurang bernasib baik dan kurang disaring di Malaysia.