top of page
1.png

PROGRAM 'GIVE A ROSE'

Individu yang berminat kini boleh menebus satu ujian saringan serviks ROSE dengan sumbangan sebanyak RM250 melalui program 'Give A ROSE'! Ujian ini mudah, tidak sakit dan anda boleh DO-IT-YOURSELF! Keputusan akan dihantar ke telefon bimbit anda!
Sila hubungi nombor talian ROSE, 03-84082211 antara 9:00 pagi hingga 4:30 petang.

 

BAGAIMANA MELAKUKAN UJIAN:
Individu datang ke Yayasan ROSE (butiran lokasi di bawah), diajar cara melakukan ujian, didaftarkan dan melakukan saringan sendiri. Keputusan ujian akan dihantar kepada penerima melalui SMS ke telefon bimbitnya.

 

Lokasi Yayasan ROSE:
ROSE Foundation, UM Innovation Incubator Complex (UMX), 1-7, Universiti Malaya, Lingkungan Budi, 50603 KL

 

Syarat kelayakan untuk melakukan ujian:
Berumur antara 30-65 tahun
Tidak pernah melakukan pembedahan buang rahim
Tiada aliran haid berat
Tidak mengandung

 

Anda mesti membawa:
MyKad anda & Telefon Bimbit

bottom of page