PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SELEPAS PEMERIKSAAN SUSULAN
-
Doktor anda akan memaklumkan kepada anda tentang keputusan makmal dan memberi nasihat tentang rawatan susulan (jika perlu).
-
Proses penyembuhan boleh mengambil masa sehingga 4 minggu. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan selama beberapa hari atau senggugut. Anda juga mungkin mempunyai discaj bertompok dan bewarna coklat atau gelap yang merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan. Jika tidak, anda boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.
-
Adalah normal bagi pesakit untuk mempunyai bau asid / masam beberapa hari selepas prosedur. Anda mungkin mempunyai keputihan sehingga 2 minggu. Tetapi, jika keputihan itu berbau busuk, anda mungkin mempunyai jangkitan dan perlu berjumpa dengan doktor untuk dirawat.
-
Selama sebulan, jangan masukkan apa-apa ke dalam faraj agar serviks dapat sembuh dengan baik. Oleh itu, anda diminta untuk:
- Tidak melakukan seks
- Tidak menggunakan tampon
- Tidak bertangas (memasukkan air ke dalam faraj)
- Tidak melakukan aktiviti air atau berenang
-
Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Pendarahan yang banyak (menggunakan lebih daripada satu pad dalam masa sejam)
- Kesakitan teruk pada bahagian abdomen bawah
- Keputihan berbau busuk dari faraj
- Demam
- Menggigil