DASAR PRIVASI YAYASAN ROSE

1. Dasar Privasi

 

1.1 Yayasan ROSE (“ROSE”) (“kami” atau “kita”) ialah yayasan amal yang ditubuhkan bagi tujuan menyediakan saringan serviks yang lebih mudah diterima dan diakses oleh para Wanita (“Program ROSE”). ROSE memahami kepentingan untuk melindungi privasi dan kerahsiaan kesemua maklumat peribadi dan kesihatan anda. Kami komited untuk menjaga privasi anda dan memastikan data peribadi anda dilindungi. Justeru, kami mengambil langkah untuk memastikan bahawa dasar dan amalan kami yang berkaitan dengan data peribadi adalah mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan undang-undang yang relevan. Untuk tujuan dasar privasi ini (“Dasar Privasi”), istilah “Data Peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai makna yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta.

 

1.2 Dasar Privasi ini bertujuan untuk memberitahu anda bahawa Data Peribadi mengenai anda dikumpul dan diproses oleh kami atau bagi pihak kami apabila anda menggunakan perkhidmatan penyaringan, kemudahan makmal atau sebarang perkhidmatan lain (“Perkhidmatan”) kami atau pembekal perkhidmatan jagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan atau majikan anda memesan penyaringan untuk anda, atau melawat sebarang laman web kami termasuk program atau projek laman mikro (“Laman”) kami. Dengan penggunaan Perkhidmatan dan Laman yang berterusan oleh anda, kami menaksir daripada perbuatan anda yang anda telah bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda menurut terma Dasar Privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang terma Dasar Privasi ini, sila ambil tindakan aktif untuk memaklumkan kepada kami dan menghentikan penggunaan sebarang Perkhidmatan dan Laman kami.

 

1.3 Dasar dan amalan kami berkenaan pengumpulan, penggunaan, pengekalan, pendedahan, pemindahan, sekuriti dan akses Data Peribadi  akan mengikut undang-undang Malaysia dan seperti mana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Sila ambil maklum bahawa Dasar Privasi ini akan dipinda dari masa ke masa dan versi yang telah dikemas kini akan dimuat naik pada Laman. Dengan terus terlibat dengan kami, mengakses Laman kami dan/atau memberikan kami perkhidmatan/produk anda, selepas pengeluaran notis pindaan tersebut, anda akan dianggap telah bersetuju dengan Dasar Privasi ini (seperti yang dipinda dan dikemas kini).

 

2. Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi?

 

2.1 ROSE mengumpul pelbagai maklumat peribadi dan kesihatan seseorang individu (“anda”). ROSE mungkin mengumpul maklumat ini daripada anda, atau daripada individu lain yang berurusan dengan anda, seperti pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan, profesional penjagaan kesihatan, atau majikan, anda atau daripada platform teknologi pihak ketiga.

 

2.2 Kami juga mengumpul maklumat apabila anda mendaftar dan melengkapkan borang penilaian kesihatan atau dokumen lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami (kedua-dua dalam talian dan salinan cetak); atau berhubung dengan kami secara langsung/tidak langsung atau melawat Laman, kami akan memproses maklumat yang mengecam anda secara peribadi (contohnya maklumat yang mengenai anda dan yang dapat mengenal pasti anda termasuk maklumat kesihatan) daripada anda. Pembekal perkhidmatan teknologi pihak ketiga kami mungkin menggunakan kuki atau teknologi yang bersamaan untuk mengumpul data mengenai anda apabila anda mendaftar atau melanggan di platform tersebut. Untuk pengetahuan anda, Kuki adalah fail komputer kecil yang boleh disimpan dalam komputer anda untuk tujuan mendapatkan maklumat konfigurasi dan analisis tabiat pelayaran anda. Ia mengelakkan anda daripada pendaftaran semula apabila anda kembali melawat laman web dan biasanya digunakan untuk menjejak kegemaran anda berkenaan kandungan laman web. Anda boleh menolak untuk menerima Kuki (dengan menukar pilihan Internet atau kegemaran pelayaran sistem komputer anda yang relevan), tetapi jika anda berbuat demikian anda mungkin tidak dapat mengguna atau mengaktifkan sesetengah fungsi yang tersedia pada Laman kami.

 

2.3 ROSE membekalkan program saringan dan inisiatif kesihatan di bawah Program ROSE kepada ramai wanita, termasuk anda. ROSE mungkin pada masa itu mengumpul, mengguna dan menyimpan maklumat peribadi dan kesihatan anda yang relevan (jika anda adalah peserta) supaya kami dapat membekalkan anda dengan perkhidmatan dan menjalankan saringan kesihatan dan aktiviti yang berkaitan. Untuk memberi gambaran: pada masa saringan kesihatan, ROSE memproses maklumat yang berkaitan dengan kesihatan serviks anda untuk memastikan bahawa kami membekalkan anda dengan perkhidmatan yang optimum. Setelah semua ujian DNA HPV dilakukan oleh ROSE untuk anda, keputusan ujian tersebut bersama dengan maklumat kesihatan yang telah anda berikan menjadi sebahagian daripada Data Peribadi anda  dengan ROSE. Kami memproses maklumat kesihatan anda untuk membekalkan anda dengan Perkhidmatan dan juga untuk membantu anda mendapatkan rawatan susulan penjagaan kesihatan. Anda boleh menolak untuk memberi persetujuan atau tidak membenarkan kami memproses data peribadi sensitif ini tetapi jika anda berbuat demikian, mungkin sukar bagi kami untuk membekalkan anda dengan Perkhidmatan dan anda mungkin tidak diberi akses kepada sebarang rawatan susulan penjagaan kesihatan, yang mana amat dikesali dan bukan tujuan ROSE.

 

3. Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul

 

3.1 Anda perlu membekalkan  kepada kami Data Peribadi anda yang ditanda atau dinyatakan sebagai wajib, apabila anda memerlukan kami untuk membekalkan Perkhidmatan kepada anda. Sekiranya anda gagal memberikan Data Peribadi yang wajib tersebut kepada kami, kami tidak akan dapat membekal atau terus membekalkan Perkhidmatan kepada anda.

 

3.2 Sekiranya anda menggunakan Perkhidmatan dan Laman kami, jenis-jenis Data Peribadi yang dikumpul mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:

a) nama, jantina, umur, nombor telefon, alamat rumah, alamat emel, maklumat kad kredit, nombor bank akaun anda;

b) keputusan kesemua ujian DNA HPV yang dibuat oleh ROSE jika anda menjalani ujian tersebut;

c) maklumat berkenaan perubatan dan kesihatan, termasuk maklumat klinikal yang mungkin dibekalkan oleh anda atau pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan yang memesan ujian DNA HPV. Ini mungkin termasuk deskripsi simptom semasa atau sebelumnya, status kesihatan, sejarah keluarga, keadaan kesihatan, rawatan dan keputusan ujian lain; dan

d) maklumat lain berkenaan penyaringan dan imunisasi yang spesifik untuk projek dan perkhidmatan kami pada masa kami membekalkan perkhidmatan.

 

3.3 Jenis maklumat yang dikumpul oleh ROSE dan cara ia mungkin mengguna atau mendedahkan maklumat tersebut berbeza mengikut Perkhidmatan, aktiviti dan program yang ROSE bekalkan atau buat mengenai anda, sebagai individu. Sesetengah tujuan yang mana Data Peribadi anda mungkin digunakan ada dinyatakan di bahagian bawah, termasuk penggunaan Data Peribadi untuk pemasaran langsung.

 

4. Tujuan dan Penggunaan Data Peribadi

 

4.1 Anda bersetuju bahawa kesemua Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami boleh dikumpul dan diproses oleh kami untuk tujuan berikut dan tujuan lain yang dipersetujui antara anda dan kami atau yang dikehendaki oleh undang-undang dari masa ke masa (secara kolektif, “Tujuan”):

a) untuk melaksanakan dan membekalkan Perkhidmatan kami (termasuk Perkhidmatan sampingan) kepada anda terutamanya, untuk menjalankan dan membantu pelaporan ujian DNA HPV yang telah dipesan, dan membuat cadangan untuk pengurusan keputusan ujian (susulan) kepada pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan, profesional penjagaan kesihatan dan majikan;

b) untuk melaksanakan aktiviti dan program lain kami;

c) untuk memproses sebarang arahan pembayaran, kemudahan debit langsung dan/atau kemudahan kredit yang diminta oleh anda atau untuk berhubung dengan pembayar pihak ketiga;

d) untuk penyelidikan, untuk menambah pengetahuan kami, terutamanya bagaimana untuk mencegah kanser serviks dalam golongan wanita dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, tiada penerbitan penyelidikan yang akan mengecam seseorang individu tanpa kebenarannya secara bertulis. Yang mana sebilangan kecil data pesakit akan digunakan untuk tujuan penyelidikan, penyekatan data biasanya dibuat untuk mengelakkan pengecaman individu secara tidak sengaja;

e) untuk tujuan menguatkuasakan pengadilan/perintah mahkamah, membantu atau mencegah atau mengesan jenayah, dan/atau memenuhi tanggungjawab kontrak dan pengawalseliaan lain kami;

f) untuk berkomunikasi dan mengurus hubungan kami dengan anda, pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan anda, pelanggan, majikan, pekerja, pemohon pekerjaan, pembekal perkhidmatan, penasihat dan pengawal selia;

g) untuk membekalkan perhubungan kepada anda berkenaan maklumat kesihatan, butiran perkhidmatan penjagaan kesihatan dan manfaatnya,untuk menyokong projek dan inisiatif dan memenuhi tanggungjawab kontrak;

h) untuk menjalankan aktiviti berkenaan pemeriksaan kualiti dan proses peningkatan, akreditasi dan audit dan menguruskan tuntutan undang-undang dan lain-lain;

i) untuk membantu penyiasatan aduan, menjawab aduan dan transaksi yang mencurigakan dan pendedahan Data Peribadi yang salah;

j) pengurusan, operasi dan penyelenggaraan prestasi perkhidmatan yang biasa termasuk pemasaran dan penyelidikan (seperti analisis tingkah laku agregat) untuk peningkatan perkhidmatan dan mereka cipta, atau memperbaiki perkhidmatan tersedia yang dibekalkan oleh kami, dan/atau anak syarikat kami kepada anda; dan

k) semua tujuan lain yang dibenarkan yang diperlukan untuk beroperasi, menyelenggara dan mengurus dengan lebih baik perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami, yang mana kami maklumkan kepada anda semasa mendapatkan kebenaran anda;.

 

4.2 Kami juga ingin menggunakan Data Peribadi anda untuk pemasaran langsung/penjualan silang kepada anda (samada melalui pos, emel, telefon, mesej teks, media sosial, saluran telekomunikasi atau yang bersamaan) berkenaan:

a) tawaran dan promosi kami;

b) perkhidmatan, produk, diskaun dan promosi yang ditawarkan oleh rakan niaga kami, pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan dan/atau profesional penjagaan kesihatan; dan

c) tawaran dan promosi lain daripada pedagang pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami untuk membekalkan manfaat kepada pelanggan kami.

 

Sekiranya anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk pemasaran langsung/penjualan silang terhadap perkhidmatan lain yang berkaitan, sila maklumkan kepada kami melalui butiran hubungan di bawah

 

5. Sekuriti dan Pengekalan

 

Kami mengambil semua langkah yang munasabah secara komersial untuk melindungi Data Peribadi yang diberikan kepada kami dan kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia diproses dan mengikut undang-undang dan keperluan yang berkaitan untuk menyimpan atau mengekalkan salinan untuk bukti dokumentari, rekod makmal dan analisis. Jika boleh, kami memusnahkan atau memadam secara kekal semua Data Peribadi yang tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia diproses.

 

6. Bila Data Peribadi Anda Akan Didedahkan?

 

6.1 ROSE mungkin mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di bahagian sebelumnya. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dengan entiti atau individu yang berikut, sama ada di luar negara atau di dalam Malaysia:

a) kepada sesiapa yang diberi kuasa atau diminta oleh anda supaya pendedahan dibuat termasuk majikan, broker atau syarikat insurans, pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan anda yang memesan ujian DNA HPV;

b) atas permintaan anda atau permintaan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan anda, kepada profesional penjagaan kesihatan yang lain;

c) atas permintaan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan anda, kepada makmal yang lain apabila pendapat tambahan untuk spesimen DNA HPV diperlukan atau apabila ujian patologi yang dipesan tidak dijalankan di ROSE;

d) kepada wakil anda (contohnya, adik-beradik, pasangan, saudara-mara, sesiapa wakil terdekat, wakil atau peguam yang diberi kuasa);

e) kepada penasihat undang-undang dan syarikat insurans kami;

f) setakat yang diperlukan oleh undang-undang atau menurut sebarang perintah mahkamah. Ini mungkin merangkumi maklumat yang dibekalkan kepada Koroner atau Mahkamah di bawah sepina;

g) kepada pekerja, sukarelawan, ejen, pembekal teknologi/perkhidmatan, kontraktor, penasihat, juruaudit, atau penderma, penyumbang, rakan kongsi dan rakan niaga kami yang berkaitan dengan perniagaan dan pelepasan/perlaksanaan sebarang perkhidmatan kami termasuk untuk memproses arahan pembayaran; atau kepada pihak berkuasa atau pengawal selia berkenaan yang mana diperlukanyang dibernarkan oleh undang-undang untuk tujuan menguatkuasakan pengadilan/perintah mahkamah, membantu atau mencegah atau mengesan jenayah, dan/atau untuk memenuhi tanggungjawab kontrak dan pengawalseliaan lain kami;, atau kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan atau profesional penjagaan kesihatan untuk tujuan perubatan dan/atau untuk menawarkan anda perkhidmatan susulan atau rujukan untuk menangani masalah kesihatan anda. Walau bagaimanapun, kami memerlukan perkara di atas untuk mematuhi tanggungjawab kerahsiaan, undang-undang privasi yang relevan dan Dasar Privasi ini; dan

h) kepada sesiapa pihak yang dicalon atau dilantik oleh kami, samada secara tunggal atau gabungan dengan pembekal perkhidmatan lain, untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan pangkalan data kami dan/atau membekalkan kami dengan pusat data dan/atau pelayan yang berada di dalam atau luar Malaysia untuk tujuan perniagaan kami atau sebaliknya;

 

Dengan ini anda mengakui dan membenarkan pendedahan dan pemindahan dan membenarkan kami untuk mendedah dan memindah Data Peribadi anda kepada pihak ketiga dan penasihat/wakil mereka dan/atau sesiapa yang mempunyai keperluan berpatutan yang serupa untuk membolehkan kami beroperasi dan menyelenggara perniagaan kami atau melaksanakan aktiviti yang dinyatakan pada Tujuan.

 

6.2 ROSE mungkin juga mendedahkan makluman anda pada situasi lain dan kepada individu lain jika anda telah memberi kebenaran nyata atau tersirat anda, atau jika kami dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian (termasuk di bawah Akta, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

 

7. Hak Anda Terhadap Data Peribadi Anda

 

7.1 Anda mempunyai hak untuk:

a) menyemak samada kami memegang sebarang Data Peribadi anda;

b) mengakses Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami;

c) meminta kami untuk membetul atau mengemaskini sebarang Data Peribadi yang tidak tepat;

d) mengetahui dasar dan amalan kami (dari masa ke masa) yang berkaitan dengan Data Peribadi;

e) menarik diri daripada penerimaan bahan pemasaran langsung daripada kami pada bila-bila masa; dan

f) tertakluk kepada perenggan 4, mengehadkan pemprosesan kami terhadap Data Peribadi anda.

 

Sebarang permintaan berkenaan perkara di atas atau sebarang pertanyaan haruslah secara bertulis dan dialamatkan kepada :

 

Pegawai Perlindungan Data

Yayasan ROSE

Telefon: 019-2327431

Emel: enquiry@programrose.org

Alamat:

1-7, Kompleks Inkubator dan Inovasi (UMX)

Universiti Malaya, Lingkungan Budi

50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

 

7.2 Mengikut Akta, kami mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yangberpatutan untuk memproses sebarang permintaan terhadap Data Peribadi anda atau permintaan pembetulan data di bawah klausa 7 ini

 

7.3 Tiada mana-mana perkara dalam Dasar Privasi ini akan mengehadkan hak anda di bawah Akta.

 

7.4 Sekiranya anda mempunyai sebarang kekhuatiran atau aduan mengenai privasi anda atau cara ROSE mengendalikan Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui butiran perhubungan di atas. Kami akan menyelesaikan aduan anda dengan segera dan akan memberikan maklum balas secara bertulis kepada anda.

 

8. Ketepatan Maklumat Peribadi anda

 

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini.

 

9. Pemindahan Data Peribadi ke tempat di luar Malaysia

 

Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda ke tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda untuk pemindahan tersebut.

 

10. Konflik

 

Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia

 

Tarikh: 10 Februari 2022

[muka surat tamat]