top of page

TENTANG PROGRAM ROSE

ROSE- web_v.jpg
  • Di Malaysia, kanser serviks adalah antara kanser ketiga paling umum di kalangan wanita.

  • Kanser serviks menyerang wanita ketika mereka dalam kehidupan yang memuncak - 3 daripada 4 wanita dengan kanser serviks di Malaysia adalah di bawah usia 64 tahun.

  • 99% kes kanser serviks diakibatkan oleh Human Papillomavirus (HPV) jenis risiko tinggi.

  • Dari tahun 2013 hingga 2017, hanya 25% wanita yang berkelayakan telah menjalani ujian pap smear.

Antara halangan untuk program saringan berkesan yang sering dikaitkan dengan ujian pap

  • Takut

  • Malu

  • Tidak selesa

  • Kurang kesedaran tentang ujian saringan serviks

  • Kemudahan infrastruktur yang kurang memuaskan

  • Staf kesihatan kurang berwibawa

woman with red no sign.png

Program ROSE menggunakan pendekatan revolusioner untuk pemeriksaan serviks dengan:

rose sol_1 cropped.png

Membolehkan pensampelan sendiri oleh wanita, berbanding pemeriksaan pelvik oleh pakar perubatan.

rose sol_2 cropped.png

Ujian HPV, berbanding ujian diagnostik pap smear untuk sel-sel yang tidak normal.

rose sol_3 cropped.png

Menggunakan platform e-kesihatan digital yang selamat yang membolehkan wanita untuk mendapatkan semua susulan mereka melalui telefon bimbit.

Program ROSE direka khusus untuk wanita Malaysia.
Pendekatan berasaskan bukti ini dapat menyelamatkan nyawa dan mampu melindungi wanita dan keluarga dari penderitaan dan kekangan kewangan yang berhubung kait dengan kanser serviks.

Program ROSE answers WHO's Call to Action

WHOstatement about beating cervical canc

"Cervical cancer affects over half a million women each year, and kills a quarter of a million. One woman dies of cervical cancer every two minutes, making it one of the greatest threats to women’s health.

Each one is a tragedy, and we can prevent it. Most of these women are not diagnosed early enough, and lack access to life-saving treatment. If we don’t act, deaths from cervical cancer will rise by almost 50% by 2030.

During my campaign in 2016, I made a commitment to support the global elimination of cervical cancer. I reiterated that commitment when I was elected as Director-General a year ago. We have the tools to turn that commitment into a reality.

We cannot succeed without all of you.

Please join us in making cervical cancer history."  (1)

- Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, 

Direktor-Jeneral di Pertubuhan Kesihatan Sedunia 

19 Mei 2018 

PENGIKTIRAFAN

Finalis untuk Anugerah Kerjasama UICC 2018

Pada tahun 2018, Projek Pilot ROSE (kini dikenali sebagai Program ROSE) telah disenarai pendek sebagai finalis untuk Anugerah Kolaborasi UICC (Kesatuan untuk Kawalan Kanser Antarabangsa). Untuk baca dengan selanjutnya.

new-UICC-Awards-Finalist_The-Collaborati

DISOKONG OLEH

IMG_9234(1).jpg

Untuk berita selanjutnya tentang  Program ROSE

bottom of page