UJIAN SARINGAN SERVIKS ROSE
ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI
daripada risiko kanser serviks.
Ujian saringan serviks ROSE akan mengambil masa 5 minit sahaja:
HANYA SATU SAPUAN diperlukan untuk
mengesan HPV (Human Papillomavirus), yang boleh mengakibatkan kanser serviks.
KEPUTUSAN AKAN DIHANTAR KEPADA TELEFON BIMBIT ANDA DALAM MASA 3 MINGGU.
Mudah dan Cepat
Berkesan
Tidak Sakit
Dilakukan Sendiri


Anda boleh melakukan ujian sekiranya anda:
1. Berusia antara 30-65 tahun
2. Tidak mengandung
3. Tidak pernah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim)
4. Tiada aliran haid yang berat
Untuk pendaftaran ujian anda perlu:
1. Membawa telefon bimbit
2. Membawa MyKad
PASTIKAN ANDA LAYAK UNTUK MELAKUKAN UJIAN:
FAHAMI DASAR PRIVASI ROSE
Bagaimanakah maklumat peribadi dan keputusan ujian saya akan digunakan oleh ROSE?
Kami komited untuk melindungi privasi dan kerahsiaan maklumat peribadi dan kesihatan anda. Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Dasar Privasi kami di sini.
FAHAMI KEPUTUSAN UJIAN ANDA
1. Bagaimanakah saya akan menerima keputusan saya?
Keputusan akan dihantar melalui teks SMS ke telefon bimbit anda. Anda sepatutnya menerima keputusan dalam masa 3 minggu. Jika anda tidak menerima SMS keputusan anda, taip "TIADA KEPUTUSAN <NomborMyKAD>" dan hantar SMS ataupun hubungi kami di talian ROSE 03-84082211.
2. Bagaimana jika keputusan ujian saya negatif?
Anda akan menerima SMS yang menyatakan bahawa keputusan ujian saringan serviks anda normal (HPV tidak dikesan). Ini bermakna risiko anda mengalami perubahan sel tidak normal dalam serviks adalah sangat rendah. Sila ulangi ujian saringan serviks anda selepas 10 tahun. Jika anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal, sakit atau discaj, anda digalakkan membuat temujanji untuk berjumpa doktor atau jururawat anda.
3. Bagaimana jika keputusan ujian saya positif?
Anda akan menerima SMS yang menyatakan bahawa HPV dikesan dalam sampel ujian saringan serviks anda. Ini tidak bermakna anda mempunyai kanser serviks. Walau bagaimanapun, anda memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan tiada perubahan sel tidak normal yang berlaku di bahagian serviks. Hubungi staf Program ROSE pada Isnin hingga Jumaat antara jam 9 pagi hingga 5 petang melalui nombor telefon yang dihantar kepada anda di dalam teks SMS untuk nasihat berkaitan pemeriksaan susulan.
Apakah perbezaan antara ujian pap smear dan ujian saringan serviks ROSE?
Pap smear
.jpg)
Gambar 1: Spekulum
-
Spekulum diperlukan
-
Kurang sensitif dalam mengesan risiko kanser serviks
-
Memerlukan pemeriksaan pelvik oleh pakar perubatan untuk mengumpul sampel
-
Pemeriksaan berasaskan makmal bagi sel yang tidak normal di bawah mikroskop
-
15 ujian disyorkan seumur hidup
Ujian Saringan Serviks ROSE

Gambar 2: Swab pensampelan sendiri
-
Spekulum tidak diperlukan
-
Lebih sensitif dalam mengesan risiko kanser serviks
-
Dilakukan sendiri oleh wanita, menggunakan swab faraj
-
Ujian Point-of-Care dan ujian berasaskan makmal dengan kuantiti sampel yang besar
-
2 ujian disyorkan dalam seumur hidup (pada usia 35 dan 45 tahun, seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia)
vs